"Terasa nafas sesak di dada. Selagi tidak disudahkan selagi itu hidup bagai diselubungi awan nan kelabu. Aku tak meminta untuk begini, tetapi inilah dunia realiti sebagai seorang pelajar yang masih belajar untuk terus mencari ilmu."
Cett! sempat lagi berfalsafah ye Izzati...hehehe
Kadang-kala terasa sukar untuk meneruskan kehidupan sebenar sedangkan itulah yang kita kena hadap setiap hari. Memang memenatkan. Tapi jika itu jalan kehidupan yang kita pilih, hadap jelah kan? Jangan cepat berputus asa. Hidup harus diteruskan.
Penggal akhir. Mengajarku erti keperitan, kesusahan & kepayahan. Hanya aku yang tahu apa rasanya.
Bangun seawal pagi.
Belajar separuh hari di sekolah.
Menghadiri kelas tambahan di waktu petang.
Pulang sewaktu azan asar berkumandang. ( kalau nasib baik, lebih awal lagi tu pun seawal pukul 3.00 atau pukul 4.00 ptg)
Malamnya menyiapkan assigment EKO & BM + latihan yang diberikan oleh cikgu.
Tidur pula pada 12 tgh malam dan ke atas.
Begitulah jadual rutinku diulang-ulang sehingga diri ini terasa mahu demam.
Tapi, apa boleh buat nasib badan. Memang tak baik mengeluh tapi kita kan manusia, kadang-kala akan timbul juga perasaan sedemikian. Cuma boleh pujuk hati sendiri supaya kuat & tabah.
NEVER GIVE UP. FACE IT WITH SMILE!
(Rutin harian seperti tengok tv, baca novel & ber "online" pun sambil2 siapkan kerja jugak. Tak lah menghadap selalu, kalau terasa otak dah penat, melencong ke lain gak...hahaha..tapi hidup sebegini tak lah best sangat sebab asyik teringat kerja yang perlu disiapkan. Sebulan je lagi temph diberi. Harap2 dapat submit tepat pada masanya..Amenn..:)
Sekian sahaja sesi luahan perasaan. Semoga bertemu lagi dengan ceritera seterusnya.
With Love,
Izzati Aisyah
P/s : can't wait for this coming Thursday. Nak pergi bercuti bersama keluarga di Ibu Kota. Rasa macam dah bertahun tak jejakkan kaki ke sana. Semoga perjalananku dipermudahkan. Amenn..
EHHH, walaupun digunapakai istilah "bercuti", netbook plus latihan yang diberi oleh guru pun kena bwak juga. Tapi bila dah rasa angin di bumi lain, moga diri ini tidak terlalu stress...In shaa Allah..
Gambatee Kundasai, Izzati!!!
oh jelesnyer aku ngan org tuu... huhu.. giler best bole bercuti woii
ReplyDeletehahaha...nikmat kebahagian yg lama dah tak dirasai...Alhamdulillah..nnti awak leh lak bercuti-cuti dgn family akhir tahun nie..dont worry..:)
Delete