Friday, 16 August 2013

Back To The Future

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Rasa macam dah lama tak update story kat blog. Last update masa hari raya ke 3, sekarang dah masuk hari raya ke 9. Terasa terlalu cepat masa berjalan. Cuti sekolah pun dah tinggal 2 hari je lagi...uwaaa...sindrom malas ke sekolah dah datang dengan sendirinya! Betullah orang cakap, bila cuti lama2 terasa rindu lak nak pergi sekolah tapi bila dah sekolah, terasa rindu nak bermalas-malasan di rumah..(saya pun dah tergolong dengan apa yang orang cakap tu lah..:p

Hari ini nak berceloteh pasal apa ek? Tengok tajuk entry balik, "Back to the Future"?...erkkk...macam tajuk filem je ek?...ahaks! dan lagi satu, macamlah sekarang aku berada pada zaman silam nak kembali ke masa depan bagai. No lah, bukan maksudnya begitu. Maksud aku, aku akan kembali semula ke alam "masa depan" untuk sebuah kejayaan. Yelah, apa yang aku belajar sekarang bakal menentukan apa yang aku akan jadi kemudian, right? jadi someone yang berjaya atau tidak bukan aku yang tentukan tapi sebagai seorang manusia yang beragama islam, usaha tu kena ada lah...lepas dah berusaha sehabis baik, tawakal dan berserah kepada- Nya. Allah knows best!!!

Untuk sem 3 kali ini, aku harus berdepan dengan cabaran. Menyiapkan 2 assigment stands for PBS la. Ada jugak yang tanya aku, apekebendanya PBS tu? meh nak bagitau, PBS tu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ia akan mempengaruhi 20% markah daripada subjek yang aku ambil. Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu & Ekonomi. Untuk kali ini, aku kena siapkan PBS Ekonomi (individu) & Bahasa Melayu (berkumpulan). Alhamdulillah, ia tidaklah sesusah sem 2 baru2 nie. (tak mau cerita pasal sem 2, nanti mood kita down)..banyak benda yang berlaku & akan membuatkan hati ku menangis. Sem 1 je satu2 tempoh pembelajaran selama 6 bulan yang paling aku suka (sbb sem honeymoon kitorang, takdemaknanya nak PBS bagai lagi..hehehe)

Dalam duk sibuk siapkan PBS pun, kena catch up dengan pembelajaran wajib gak. Dengan aktiviti untuk form 6 pun kena jalankan jugak. Memang busy tahap gabanlah budak2 form 6 kali nie. Maklumlah, kami semua adalah bahan uji kaji untuk sistem pembelajaran secara berpenggal/semesta ini. Tapi yang syoknya, dalam duk sibuk dengan kerja sekolah + exam yang bakal menjengah bulan 11 ini sempatlah lagi duk melayan korea, berfb, beryoutube, berblogging, bernovel dan segala jenis macam "ber" lagi lah....nak buat camne, zaman dah berubah..dunia pun dah semakin maju. Kalau siapa yang tak tahu pasal IT nie, memanglah kena cop "kuno". Aku tak kata aku tahu serba-serbi, ada jugak yang aku tak tahu. Banyak lagi yang perlu dipelajari sementelah aku pun bakal melanjutkan pelajaran di negeri orang plak ( tu pun kalau ada rezeki)...In shaa Allah, semoga dipermudahkan.

Hari tu, aku bercakap-cakap dengan seorang akak ini. Anak dia sebaya dengan aku. Kami bukan sekelas sebab kami tak sama aliran. Si anak ambik subjek Geo + Ekonomi & aku plak ambik subjek Sej + Ekonomi.

Kakak A : periksa akhir bile?
Aku: bulan 11 kekgi.
Kakak A: owh, tulah nanti masuk U mana dop tau "si anak" tu, lainlah macam zati, cerdik.
Aku: mana adalah. ( sambil tersenyum tawar)

Aku cerdik? kalau cerdik dah lama masuk U kak. Tak adanya nak seksa diri masuk form 6. Semua cakap susahlah form 6 nie, itulah inilah. Aku pun diam je...dan aku akui bukan senang hidup sebagai seorang pelajar form 6. Kalau dapat cikgu best itu ok, kalau dapat cikgu yang tak best, terpaksa reda je lah. Dengan persekitaran lagi, yelah...salah satu faktor utama tak mau masuk form 6 adalah kena pakai baju sekolah balik. Kena ikut segala peraturan, sama mcam student2 form 1-5 lah. Maklumlah dalam kawasan sekolah, lainlah kalau dia buat satu tempat khas untuk budak2 form 6 je. Tapi nasib baik peraturan untuk form 6 tidak seketat macam budak2 lain. Kami nie dah dewasa, haruslah dilayan macam budak dewasa gak kan. Kena marah dan kena tegur sikit2 tu biasalah. Semua manusia ada kekhilafan tersendiri. Tiada yang sempurna.

Kalau tanya aku, "menyesal tak masuk form 6?". For me, tak pun sebab itu jalan yang aku pilih. So, face it! Jangan berputus asa terlalu awal. Tapi, aku ada jugak terasa berputus asa tu. Entahlah nak cakap macam mana dan aku selalu persoalkan, kenapa aku tak cerdik macam orang lain?...Astagfirullahaladzim. Maafkan aku, Ya Allah. Tapi dalam fikiran aku sering datang pemikiran sebegitu. Orang lain ada yang masuk U dlam atau luar negara tapi aku masih di sini, di bumi Terengganu. Tapi bila aku renung-renungkan balik, ade hikmahnya juga. Yang aku nampak di depan mata. Yang tersembunyi, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Kesimpulan, aku kena kuat. Kena hadapi setiap onak dan ranjau walaupun ternyata perit. Orang selalu kata, hidup aku nie macam tak ada masalah, always happy, ada ramai orang sayang and etc. Tapi, dalam hati aku siapa yang tahu. Aku bukan jenis yang suka cerita kat orang. Kalau aku cerita pun mesti dengan Ma aku sorang je. Kalau dengan teman2 rapat pun, aku tak terlalu mencurahkan perasaan sangat. Aku banyak simpan & aku rasa biarlah aku sakit sendiri daripada tengok orang sakit demi aku kan. Entahlah, kadang2 aku rasa aku nie pentingkan diri, selalu menyusahkan orang gak tapi aku hanya manusia biasa. Kalau ada yang terasa dengan perbuatan aku, maafkanlah. Kadang2 aku tak sedar, dalam aku berkawan...aku jugak melukakan hati korang. Bagi aku,

KEMAAFAN ITU MERUPAKAN ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH

Walau bagaimanapun, aku akan terus bertabah dan tak akan mengalah selagi ada yang menyokong dan mendoakan. Doa kalian untuk saya, amat saya hargai. Memang banyak benda yang kita perlu kejar dalam hidup, tapi tanpa sokongan dan dorongan daripada orang tersayang, tak mungkin kita mampu meraih kejayaan.



Percaya pada kemampuan diri sendiri wahai Izzati. You can do it!...

With Love,
Izzati Aisyah

2 comments:

  1. wow...panjangnya jah... hahaha.. memang terbaikla status hang ni...status ke? nukilan kot... oh maafkan saya kalau ~tanpa kusedari air matamu mengalir~ dlm diam..choihhh...hehe...jgn sedih,jgn risau...saya pun bdk form 6 jugak... sbnrnya aritu ade laa pak cik tu dia ckp kan dapat masuk form 6 adlh hadiah yang terbaik dari Allah utk dia...dan utk pngtahuan awak yer, dia akhirnya dapat jadi antara best student STPM kat sek dia w'pun masa spm dia gagal hampir kesemua mata pljrn. dia bdk sains dan pabila msk stpm dia ambik sains jugak. So, apa yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakkal serta sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Banyakkan berdoa dan jangan tinggal suruhan-Nya.

    p/s: pesanan dan peringatan utk yang mengenali dan diri saya juga.hehe

    mcm buat blog sendiri jer...kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. status?...kat fb bolehlah dipanggil "update status" dear!..kat sini dah panggil luahan-perasaan-yang-dikarang-panjang2...ahaks!...

      hehehe...mmg air mataku mengalir dlm diam pabila menaip entry ini...semangat tak kuat, camnielah gayanya...tapi bila anda dah bgi kata2 semangat..in shaa Allah...akanku kuatkan fizikal & mental utk menghadapi segala dugaan. akan ku ikuti sarananmu sahabat..

      terima kasih kerana selalu di sisiku...sayang kamu selamanya..<3 :)

      P/s: update lah blog kamu itu, jgn biar bersawang...:p

      Delete