Alhamdulillah, hari ini dah masuk 24 Ramadan 1434H. Masih berbaki 5 hari lagi untuk kita semua berpuasa. Manfaatlah hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan ini dengan sebaik mungkin. Perbanyakkan amal ibadah & membaca Al-Quran. Semoga kita mendapat syafaat daripada Allah SWT dan kalau kita bernasib baik, in shaa Allah kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadan 2014 bersamaan 1435H. Amenn...
Kalau perasan kan, aku selalu update blog pada hari Jumaat & Sabtu. Yelah, hari tu je ada masa lapang. Kalau nak menaip, aku suka taip pagi-pagi hari macam sekarang lah. Kalau hari sekolah, memang susahlah sikit. Pagi sekolah-balik petang-kena tolong ma masak-solat asar-berbuka puasa-solat maghrib-solat isyak + terawih-siapkan kerja sekolah yg ada tiap2 hari + PBS Eko & Bm lagi and then baru boleh tidur. Esok ulang rutin yang sama balik. Fuhh! meletihkan yang amat. Waktu cuti jelah boleh goyang kaki sikit. Hik3.
Kelmarin merupakan hari last persekolahan. Lepas tu dah masuk zon cuti selama 2 minggu, yeahh! Sekolah aku ambik cuti awal beberapa hari.( buka sekolah kena ganti balik)...huhuhu. Walaubagaimanapun, best gak cuti awal. Boleh dikatakan dah tak ramai pelajar yang datang kat sekolah, sbb diorang dah masuk zon "cuti raya" lah katakan...sabor jelah adik2 ye..akak pun nak raya gak tapi last day akak mai sekolah tau..rajin tak akak? (smbil buat muka x bersalah)..:p
ok, dah habis sesi merapu. Kembali ke topik asal.
Hari ini nak bercerita pasal kad raya yang aku dapat tahun nie..wink wink. Walaupun tak dapat sebanyak tahun lepas, dalam 40 keping lebih macam tulah tapi dah bersyukur bangat deh! Rasa terharu kot bila orang ingatkan kita dengan pemberian kad raya ni. Thank uols!
Kad Raya 2012
Tahun lepas punya kad raya memang terlajak banyak. Rasa mcm tak percaya pun ada. Hampir 40 keping lebih! Tapi yang sadisnya ada jugak yang tak sampai2. Biasalah bila dah terlalu banyak, abg posmen pun tak larat nak hantar kot! Mereka pun terus simpan dekat pejabat pos, buat koleksi...ahaks! Bersangka baik sungguh lah aku... :p Kad raya nie yang paling banyak dapat ialah daripada grup novelis AraSharrina: Spread The Love <3, grup ASST & para novelis yang lain. Memang meriah yang amat. Dalam grup misalnya, admins2x siap buat satu doc utk update alamat ahli2 yg nak bertukar-tukar kad raya. Kalau nak dapat kad raya daripada penulis novel plak, main konsep siapa cepat dia dapat. Maklumlah, nama lagi novelis. Mesti berebut orang nak, rasa heaven kalau dapat..hehehe. Tak boleh lah nak bagi kat semua peminat, siapa bgi alamat cepat2x dioranglah yg dapat. Gambar kat atas nie mcam tak cukup 40 keping lebih kan? Yelah, yang nie sebahagian jer. Ada lagi satu beg. Lupa nak snap gambar sekali. hihihi...btw, thank u so much kesayangan semua! Walaupun ada yang saya tak balas. Maafkanlah ye. Tak de bajet nak beli kad raya banyak2 sbb saya pun ade beli untuk geng2 dalam kelas gak. Hampir 30 orang. Nasib baik bagi sendiri je, x yah guna setem...hehehe
Opps! sebelum terlupa...my bestie, cik Husna Zakaria yang baik hati itu bagi gak kad raya kat saya...thank u so much Una..<3
Disebabkan nak ambil feel raya tahun lepas, kesemua kad raya nie aku bukak malam raya. Rasa terharu sangat dengan ucapan anda2 semua. Walaupun tak pernah berjumpa depan2x tapi macam dah lama kenal. Terima kasih atas segalanya. Semoga persahabatan kita kekal selamanya. Aminn
Ini plak antara kad raya yang aku dapat tahun ini. Alhamdulillah & terima kasih sekali lagi. Maaf tak dapat balas semuanya. Sibuk dengan sem akhir, & bajet kurang gak tahun nie. Bilalah nak dapat duit daripada YT nie?..lepas rayalah gamaknya. Sabar jelah.
1. Kad Raya Ekslusif daripada novelis Syamnuriezmil.
Hitam itu menawan kan?...ahaks! Kad raya nie kak syam tak bagi kat semua orang. Hanya yang terpilih sahaja yang dapat. Dan dengan tak disangka-sangkanya, aku terpilih dalam 170 keping kad raya yang dipos oleh kak syam. Tak percaya kot! Ingat ke tak dapat untuk tahun nie. Alhamdulillah, thank u so much akak. Sangat cantik kad nie ok! Kak Syam nie merupakan salah sorang novelis yang aku minat tau..:)
2. Kad Raya daripada Kak Nur Zakiah Nur Halim.
"Thank u so much kak Zakiah. Dah dapat lama dah kak raya akak tapi saja tak nak bagitau kat fb. Update kat blog teruslah...hehehe..Tapi kad raya akak ter "basah" sedikit. Maklumlah kotak pos kita tu masuk air. Nasib baik still cantik lagi tulisan kat dalam kad. Adik pun nak mohon maaf kalau ada silap & salah ye."
Nak tahu camne kitorang kenal? Novel The Wedding Breaker -karya Evelyn Rose yang menemukan kami...hehehe...terbaik!
3. Kad Raya daripada Dr. Hamzaid
Kad raya nie daripada wakil Dana Pendidikan Dr Hamzaid. Tak sangka dapat kad raya. Siap ada ucapan semoga berjaya dalam peperiksaan STPM lagi. In shaa Allah...Amin..( kalau aku dapat sambung universiti, Dr. Hamzaid nak bagi biasiswa untuk smbung belajar tahun hadapan)...Alhamdulillah, itu semua atas rezeki daripada Allah. Kalau Allah SWT nak bagi, terima dengan sangat berlapang dada. Yang penting dapat sambung degree. In shaa Allah.
4. Kad Raya daripada kak Maslina Aini Mat Saad.
" Kak Maslina, kad raya yang akak bagi sangat cantik. Berseni betul tangan akak ye. Adik suka sangat2. Terima kasih untuk kad tanda ingatan ini. Maaf kalau ada salah & silap sepanjang kita berkawan."... :)
5. Kad Raya daripada novelis Farrah Hannan
" Terima kasih kak Farrah atas kad raya ini. Semoga ikatan persahabatan kita akan berkekalan. Ampun maaf dipinta. Semoga terus berjaya dalam bidang penulisan. Chaiyok3x."
6. Kad Raya daripada Uncle Hussaini Ibrahim & aunty Mariani Ahmad
- 6/8/2013 -
Ingat ke dah tak dapat kad raya lagi tapi ada rupa-rupanya ada yang buat kejutan...hehehe.
Terima kasih uncle Hussaini & aunty Mariani kerana sudi mengirimkan kad raya yg mahal daripada Sabah. Sayang anda berdua ketat2x. Semoga ceria selalu dan bergembira di hari mulia...:)
Inilah koleksi kad raya yang aku dapat tahun ini...Alhamdulillah, sangatlah bermakna juga raya tahun nie sebab still dapat kad raya kan?..wink wink...:)
Eh? Apa tu?..Duit raya lah!...Yeahh...hari rabu sebelum sekolah tutup, aku dapat duit raya daripada Bonda Nik Noriah. Beliau merupakan cikgu ekonomi kelas aku. Sangatlah pemurah & penyayang dengan student2x kelas 6 UKM. Terima kasih cikgu. Ada lagi tau duit raya yang cikgu bagi tapi tak sempat nak ambik masa hari terakhir cuti sekolah. Buka sekolah nantilah baru tuntut...hehehe..
Last but not least,
Penanda buku daripada Grup Laman Santai Novelis & Peminat (LSNDP). Sampai berserta dengan kad raya. Terima kasih kak Amy Zainudin & semua admin LSNP. Cantik & kreatif sngt PB ini. Kredit to novelis Ilya Abdullah yang tolong buat PB ini katanya...hehehe...Semoga LSNDP terus maju jaya!...<3 :)
Ok, itu sahaja coretan saya kali ini. Maaf kalau ada salah & silap sepanjang anda membaca entry kali ini.
Selamat berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir & Batin.
With Love,
Izzati Aisyah
SELAMAT HARI RAYA
ReplyDeleteAndai jemari tidak sempat berjabat,
andai raga tidak dapat bertatap
Seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang
Ku aturkan salam menyambut Hari raya
Jika Ada kata serta khilafku
Dan membekas lara,
hanya satu yang mampu ku ucapkan.
Setulus hati mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Mohon maaf zahir dan batin..
Selamat Hari Raya uncle Hussaini sekeluarga..:)
Delete