Saturday, 10 August 2013

Riang Ria Raya

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama blog tak ter"update". Maklumlah sibuk dengan persiapan beraya pada hari Khamis bersamaan 1 Syawal 1434H dan hari ini pun dah masuk 3 Syawal. Kepada sesiapa yang dah start berpuasa 6 itu, tahniah diucapkan. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.

Hari nie nak berkongsi sedikit kisah raya keluargaku pada tahun 2013. Alhamdulillah, walaupun bersederhana tapi tetap meriahkan. Menu untuk 1 Syawal sememangnya nasi minyak, ketupat, rendang ayam & kuih muih beraneka jenis. Kali ini my sis yang mengajar di Sarawak pun balik beraya. Siap bawak balik kek lapis dari sana lagi. Tahun lepas, aku pun dah merasa kek lapis yang dihadiahkan oleh kakak angkatku, kak Amoiii, kak Intan & kak Norafzan. Terima kasih akak2 tersayang. Tahun nie plak kakak sendiri yang buat balik kek lapis. Boleh merasa lagi. Alhamdulillah.

Kisah Raya Pertama

Sudah menjadi kebiasaanku untuk menziarahi sanak saudara di pagi Syawal. Walaupun rumah dekat2 tapi time raya nie lah dapat berkunjung ke sana sambil bermaaf-maafan. Tapi yang aku terkilan sedikit, tak berpeluang untuk menziarahi pusara arwah kakak tersayang. Rindu memang teramat rindu. Cuma mampu menghadiahkan Al-Fatihah dari jauh. Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amenn.

1 Syawal kali ini tak semeriah tahun lepas disebabkan abang-abangku semuanya beraya di rumah mertua dan ada yang tak dapat balik disebabkan terpaksa berkerja pada hari raya pertama. Tapi my bro yang mengajar kat Kelantan tu beraya kat sini. Tak tau kenapa diorang berubah plan beraya kat sini sebab patutnyalah diorang beraya dekat rumah my sis in law di Kelantan juga. huhuhu..Tak kesah lah, dapat jugak bermain dengan anak saudaraku, Rania Humaira yang comel itu.

Entahlah, nak kata raya macam tak beraya pulak. Mungkin aku masih fikirkan homework yang perlu disiapkan, dahlah tahun nie last sem...rasa cuak tu akan sentiasa ada. Dalam pada fikiran duk ligat memikirkan hal lain, novel di tangan tak dilupa. Yelah, dah penat menziarahi sanak saudara, mood membaca still ada. Time cuti bolehlah baca. Kalau tak cuti, kena fikir hal sekolah je lah. Novel pun jeling2 manja...hik3

Opss, sebelum terlupa. Pada sebelah malamnya pula, semua familyku beraya di abangku yang duduk Bukit Payong lak. Maklumlah, my family pun dah lama tak singgah kat sana. Aku yang suka berjalan nie dah biasa ke sana. Time cuti pun tidur kat sana sehari sebab nak siapkan kerja. Dalam tak disangka, rumah kawan sekelasku dekat je dengan rumah abangku itu. Selama nie tak tau pun...hahaha. Lepas nie senanglah nak buat ape2 homework. Kawan baik pun dah ade kat situ. Malam tu pun, kawan aku ( Rahimatul Azrina a.k.a Che Mat) tu sempat jugak singgah rumah abangku. Ingatkan nak pergi rumah dia sendiri tapi memandangkan kat rumah dia ada saudara yang datang bertandang, aku ajak dia pergi rumah abang aku. Berborak dan bersantai bersama. Seronok juga!

Kisah Raya Kedua

Pagi yang damai. Aku dan keluargaku masih berada di rumah sebelum keluar ke rumah terbuka yang dibuat oleh saudaraku tiap2 kali raya kedua. Wajib pergi ke sana. Dapat makan besttt2x...wink wink
Dan pagi itu jugak aku dan keluargaku dikejutkan dengan kepulangan abangku sekeluarga (yang berkerja sebagai engineer) dari Kuala Lumpur. Uwaa....syok giler. Diorang memang selalu buat kejutan. Nak balik Terengganu tak pernah nak bagitau. Teruja bangat sebab ini kali pertama aku bertemu dengan si kecil Dhia Alisha yang baru lahir. Masa mula2 my sis in law melahirkan Alisha, aku tak berkesempatan untuk pergi ke KL sebab time tu bukan cuti sekolah pun...sob sob..Gambar Alisha saja yang bisa ditatap. Kali nie lain skit sebab dapat dukung dan peluk Alisha yang comel...Yeahhh!

Lepas dah siap berpakaian raya, kami sekeluarga pun terus berkonvoi untuk beraya di rumah saudara- mara pada sebelah pagi. Waktu petang pula kami sekeluarga sekali lagi ke rumah abangku di Bukit Payong untuk menyambut hari lahir anak saudaraku, Iqbal Afiq yang ke 4 tahun. ( anak sulung kepada abangku yang bekerja sebagai engineer itu). Syok sangat2x bila semua dapat berkumpul. Meh kita layan gambar lak ye.


Ni dia family abangku, Shahlan bersama my sis in law, Nur Amla & anak2 mereka, Iqbal +  Baby Alisha


Birthday Boy, Iqbal. Happy Birthday dear. Semoga Allah sentiasa merahmatimu...Amenn



Me with Dhia Alisha yang cute!...<3

Yang nie plak keluarga abangku yang duduk di Bukit Payong itu..


Abangku, Khairul Annuar bersama my sis in law, Zura Abdullah & anak2 tersayang, Dania + Danisha

Random Picture plak ehh...


Dania + Rania & Iqbal. Macam2 reaksi muka plak budak2 nie buat tapi cute!



Ini plak gambar menantu2 Md Nor yang balik beraya di rumahku. Dari Kiri : Kakak Bie, Kak Amla + anak2nya dan kak Zura. 


Aku, Iqbal, Kak Amla + baby Alisha, kakakku, Hidayah ( yang mengajar di Sarawak), kak Zura & Danisha

Ok, sudah cukup sudah dengan random picture di atas. Kalau diikutkan tahun nie aku tak banyak bergambar untuk raya. Gambar kat atas di pun diambil masa raya kedua. Baju yang dipakai pada raya pertama pun tak ambil. Tak bolehlah nak tayang dekat Husna Zakaria....Ahaks!...Dah lah cantik corak baju oren + merah tu. Tak pelah cik Husna sayang, nanti kalau ada jamuan raya kat sekolah, saya akan pakai...hehehe

Kisah Raya Ketiga

Tiada apa yang meriah sangat. Semua abang2 yang jauh dah balik. Cuma tadi, sepagi jugak aku ikut kak Zura pergi beraya ke rumah kawan2 dia. Masa tu jugak kawan2 call, ade yang nak datang rumah, ada jugak yang nak ajak berjalan tapi tak berkesempatan. Kalau diorang cakap awal2, akanku tunggu saja di rumah tadi. Sorry ya guys, nanti kalau berkesempatan kita jumpa. Ada seminggu lagi sebelum cuti sekolah habis dan lepas dah buka sekolah, tamat sudah riwayat raya kita..sob sob...assigment banyak menunggu woiii!...Sabar jelah.

Sampai di sini jelah dulu,  entry kali ini sekadar nak berkongsi  kemeriahan rayaku sahaja. Banyak cerita nak dikongsi tapi tak larat dah nak cerita semua. Walau apapun, harap korang enjoy.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Semoga ceria selalu....

With Love,
Izzati Aisyah.

P/s:

Moga2 raya tahun depan boleh bergambar bersama lagi macam ini. Rindu sangat nak bergambar bersama semua keluarga (walaupun ada jugak yang tiada dalam gambar nie)...moment yang sukar dilupakan bila bersama....


Raya Tahun 2012

<3 I love my Family <3

No comments:

Post a Comment