Hari ini dah masuk 28 Ramadan 1434H. Pejam celik pejam celik, tinggal sehari lagi bulan Ramadan pada tahun ini bakal melabuhkan tirainya. Semoga amal ibadah yang kita lakukan pada kali ini diterima oleh Allah SWT dan semoga kita berjumpa lagi pada Ramadan yang akan datang. In shaa Allah. Amenn.
Sumber Ihsan: Pakcik Google...
Di kesempatan yang mulia ini, saya Nurul Izzati Aisyah bt Md Nor ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat teman2x yang mengenali diri ini sekiranya ada tersilap kata dan terkasar bahasa sepanjang kita berkomunikasi di laman muka buku atau pun di blog saya yang tak seberapa ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam melayari dunia baru sebagai seorang blogger. Walaupun saya tidak se "femes" blogger lain tapi saya dah bersyukur sangat2x kerana ada yang sudi menjengah di sini. Tak kira anda hanya seorang stalker, pengomen tegar atau tidak sekalipun, anda sentiasa berada di hati saya walaupun kita tidak pernah bersua muka. ( yang saya jumpa pun hanya akak2, adik2, ibu, uncle & aunty yg berada di grup ASST yg dulu sahaja & tak lupa juga teman rapatku sekalian). Untuk yang lain, semoga kita dapat dipertemukan suatu hari nanti. ( bajet retis plak cik Zati nie yer... :P )...Ampunkan saya..:)
Raya tahun ini merupakan raya terakhirku sebagai seorang pelajar ting 6 di SMK Padang Midin. Bak kata cikgu, "lepas ini tak ada siapa dah nak ajak awak mari sekolah."..hahaha. Raya sebagai seorang pelajar ni best sebab walaupun umur bakal menjengah ke 19 tahun pada bulan 10 ini tapi masih lagi dapat duit raya maa. Maklumlah tuan punya badan nie sangatlah kecik. Entah bila nak besar pun tak tau. Reda je lah..huhuhu. Selain itu, raya tahun ini tidaklah semeriah tahun lepas. Kalau tahun lepas, boleh dikatakan semua adik beradik ku balik. Meriah tersangatlah meriah. Tahun nie, semua balik raya dekat rumah mak mertua masing-masing kecuali my bro and his family raya kat sini. Meriahlah jugak. Sebelum terlupa, moga-moga tahun ini juga, aku dapat duit raya melebihi tahun lepas punya...hahaha(berangan je lebih). Yelah, tahun lepas punya Alhamdulillah. Dapatlah dalam RM 200++. Hasil daripada mengikut my sister in law beraya rumah kawan2nya yang "berkerjaya besar" itu. Ya Allah, nampak sangat mata duitan kat situ cik Zati oiii!...adeyyy. Oklah, saya terima seadanya apa yang tertulis buat saya di hari raya nanti. Tak mau fikir lagi.
Kepada sesiapa yang nak balik kampung hari ini atau esok atau 2 hari selepas raya sekalipun, rancang perjalanan. Pandu dengan cermat, ingatlah orang-orang di kampung yang menyayangi diri anda. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Selamat menjamu selera dengan beraneka juadah di hari raya nanti. Makan, makan jugak. Kesihatan pun kena jaga maa.
Sampai di sini saja coretanku, semoga kita bertemu lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Raya tahun 2012
( Sebelah kanan itu aku, sebelah kiri itu anak saudaraku)
- Yang tahun lepas punya tema warna purple. Dah berapa tahun ye baju raya aku asyik warna purple je. Maklumlah peminat tegar Ungunya Cinta. (ehh, macam tajuk cerita je tu)..hahaha. Disebabkan my mom vs my sis dah bosan tgk aku pakai purple je tiap2 tahun,so tahun ini..raya pertama, aku akan pakai baju kurung oren + merah. Seriously suka giler corak dia. Cantik!..Marahlah cik Husna bila baca statementku sebab aku selalu cakap baju raya aku tahun nie cantik bangat! Lepas tu mesti dia jawab, "Elehhh, buat apa baju cantik tapi raya tahun nie tak ramai adik beradik balik..." Uwaa, sentap dengan statement cik Una itu!..huhuhu
Ahaks!...ok, daaa
With Love,
Izzati Aisyah.
p/s:
1. Tiba-tiba sahaja saya diserang selesema kelmarin. Uwaa, janganlah melarat sampai demam....nak raya pun jadi tak bermaya nanti. Semoga cepat sembuh wahai diri.
2. Teringat kata2 kawanku kelmarin. Rasa nak tergelak guling-guling bila dia cakap, "asyik raya sorang je, bilalah nak beraya berdua dengan laki sendiri?". Ayark! belajar tak habis lagi, dah fikir nak hidup berdua?..hahaha...mahu kena hempuk kalau cakap camtu dekat abah dia sendiri. Sabar jelah...:p
Selamat Hari Raya Izzati Aisyah!
ReplyDeleteehhh, kak Ein..tahniah menang contest ye...:)
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri...semoga raya tahun ini adalah raya yg bermakna buat akak sekeluarga...<3