Monday, 31 December 2018

Highlights of 2018

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar esok kita semua akan melangkah ke tahun baru. Tahun 2019, 1440 H. Alhamdulillah, Allah swt masih panjangkan umurku sehingga mencecah angka 24 tahun. Nak dikatakan begitu banyak pencapaian yang dicapai tu tak adalah sangat. Adalah sesuatu yang boleh dibanggakan jugak walaupun sedikit. Tapi semua itu takkan dicapai tanpa sokongan keluarga dan kawan-kawan rapat dan juga kawan baru.

Jadi, sebelum 2018 berakhir, aku nak post sedikit pasal rentetan atau perjalanan hidup aku sepanjang tahun ini. Kira macam nak throwback kisah dari awal bulan Januari sehingga Disember. semua yang berlaku pada tahun ini adalah dengan keizinan Dia. Kalau nak cakap semua yang baik-baik saja takdelah, ada jugak cerita-cerita yang tak best berlaku tapi aku anggap semuanya sebagai ujian untuk mematangkan diri.

Panjang plak mukadimah aku ni ya? Baiklah, jom aku cerita serba sedikit apa yang berlaku di tahun 2018 untuk tatapan korang semua.

Sepanjang bulan Januari hingga Mac 2018, aku dalam fasa menamatkan semester terakhir di KUIS sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran). So, korang tahulah macam mana cabaran dan penat lelah student tahun akhir untuk siapkan final project dan hadap final exam. Ujian aku kali ni adalah sakit.Banyak kali jugak terpaksa membawa diri ke klinik. Lepas dah baik demam, batuk, selesema, penyakit lain plak singgah. Terpaksa kuat bila duduk dekat negeri orang ni. Nasib ada kawan-kawan yang baik hati jaga makan dan sakit aku sepanjang kat Kuis. You know who you are. 💖

Untuk tahun terakhir di Kuis, kitorang ditugaskan untuk menyiapkan final project berbentuk video dokumentari selama 30 minit. Dugaan untuk siapkan project akhir ni sangatlah dahsyat. Kalau korang nak tahu aku asyik tukar-tukar tajuk dokumentari disebabkan talent tak bagi kerjasama. Bila supervisor tanya progress mesti tak tau nak jawab apa. Masa awal-awal sem memang blank betul nak cari subjek apa untuk diceritakan. Kalau buat kat Terengganu memang banyak benda boleh buat tapi ongkosnya haruslah banyak jugak. So, terpaksa cari subjek sekitar Selangor saja. Terpaksa berani untuk approach talent untuk bekerjasama dengan kita. Guna segala skill yang diajar oleh lecturer dulu. Akhirnya, pertengahan bulan Feb baru aku ada subjek untuk didokumentarikan iaitu mengenai Rumah Pengasih Warga Prihatin.




Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan aku kena siapkan final project ni, memang menangis tak berlagu. Mana nak hadap kuliah-tutorial-kuiz lagi untuk final exam. Memang betul takde life betul aku time tu. Nasiblah ada kawan-kawan yang banyak bantu sebab aku bukan pandai sangat kerja-kerja production ni. Kalau sem lepas banyak tugasan berkumpulan, bila tang final project kau kena buat sorang-sorang. Dari A to Z kau kena fikir tau. Bertabahlah. Seminggu sebelum present baru aku dapat segala bahan untuk buat video, buat skrip, editing dan buat laporan produksi. 😓



Time shooting untuk dokumentari bertajuk Dari Hati:RPWP


Sekitar kawasan kediaman anak-anak lelaki di RPWP. 

Maaflah, video dokumentari ni aku tak upload di mana-mana platform sosial, hanya untuk simpanan peribadi sahaja. Maklumlah masih amatur. Alhamdulillah, aku dapat siapkan on time walaupun kena korbankan waktu makan dan tidur. I rela sebab niat time tu nak kena siapkan jugak kalau tak mau kena extend sem kalau gagal. I tak sanggup nak mereput di KUIS lagi uolls.


Yeay, akhirnya merdeka jugak sebab dah berjaya present final project! Aku dapat giliran hari kedua, hari last pada sebelah petang. Berdebor tu tak payah cakaplah. Bila dah lepas turn aku tu memang lega giler. Apa yang aku puas hati bila juri komen skrip aku bagus, susunan penceritaan yang baik dan suara latar untuk voice over yang sesuai. (thanks to Helda Darwis, suara awak memang best sebab tulang belakang penceritaan) Cuma luaskan konsep penceritaan sahaja dan ada bahagian editing yang perlu diperkemaskan lagi. Tapi aku mampu tersenyum puas hati sebab semuanya aku belajar sendiri dan tak upah siapa-siapa untuk buat video aku tu. Buat dengan hasil titik peluh sendiri memang berbaloi. 


Lepas dah habis benda alah ni, aku just tumpukan dekat final exam plak. Bila dah selesai semua, kemas-kemas barang, balik kampung plak. Cuti sebulan dan buat praktikal di Manis fm bermula 2 Mei sehingga 31 Julai. Kalau nak tahu cerita sepanjang praktikal boleh singgah entry ini: Praktikal di Manis FM 

Dalam pada aku berpraktikal tu, aku diberi kejutan yang menggembirakan oleh pensyarah aku iaitu Encik Ghazali. Tesis yang aku buat dengan kawan baik aku, Farahanum dipublish di google. Alhamdulillah, terima kasih atas segala tunjuk ajar oleh En.Ghaz terutamanya. Banyak jugak dugaan nak siapkan tesis ni. Kalau nak cerita memang panjanglah jawabnya. Yang penting, kalau korang nak buat rujukan untuk assignment yang berkaitan, boleh guna nanti. Free of charge je. Tesis ini mengenai Program Realiti Tv Dakwah: Analisis Penerimaan Golongan Muda Terhadap Teknik Penyampaian Dakwah Program Pencetus Ummah. Search jelah nanti ya. 😀



Pada 9 Mei 2018, buat pertama kalinya sebagai rakyat Malaysia aku turun mengundi. Neves dia lain macam kot. Besar tanggungjawab nak pilih pemimpin baru ni. 5 tahun sekali plak tu. 


Dakwat biru di jari. 😃

15 Jun 2018, semua umat islam menyambut hari Raya Aidilfitri. Kali ni, keluarga aku tak penuh macam tahun lepas sebab tahun ni giliran masing-masing beraya rumah mentua. Ini jelah yang ada untuk first raya tahun ni. Raya ketiga barulah abang-abang aku yang lain balik Ganu plak. 



Aku di hari raya pertama #masihsingleandavailable



Wajah-wajah yang ada di Ganu untuk sambutan hari raya. 


#teammasihsingle 

Kalau perasan, tahun ni aku tak tepek langsung gambar raya kat belog kan? Kemalasan melanda time tu, so, aku tepek kat sini jelah sikit. Masa ni aku masih praktikal lagi tau. Raya ketiga kau dah kena masuk kerja balik. Sadis amat. Tak berapa nak raya tahun ni. 

Tanggal 9 Ogos 2018, setelah beberapa hari selesai menjalani latihan praktikal, aku terbang ke KUIS untuk hantar report praktikal kepada supervisor aku yang baik hati iaitu, Miss Suraya. Dia dah siap2 tunggu aku sebab aku cakap nak hantar report hari tu,  tapi aku terlewat sikit. Maklumlah baru sampai dekat Kuis selepas subuh 9 Ogos tu, nak print pembetulan report yang baru + tape aku punya report lagi tapi nasiblah dipermudahkan segalanya. 


Muka happy sebab segala siksaan selama 3 tahun berjaya disudahkan dengan jayanya. Thank you Allah swt!


Sebelum balik semula ke Ganu, aku jumpa kawan-kawan di KUIS yang mana yang ada jelah. Sebab lepas ni tak jumpa dah. Masing-masing buat haluan sendiri. Kalau nak berkumpul semula, tunggu konvo bulan Ogos tahun 2019 plak. (Aku tak sabar nak konvo sebenarnya) Lagi 8 bulan kena tunggu. Bertabahlah.

14 Ogos 2018, aku, adik aku dan dua orang kawan dia pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Sebenarnya dah lama merancang nak pergi, akhirnya tahun 2018 baru tercapai. Kitorang pergi selama 2 hari 1 malam je. Meh aku share serba sedikit gambar kat sana. 


Hari pertama sampai ke sana terus start snorkeling. Taubat lepas ni aku tak nak buat benda alah ni. Rasa macam nak lemas je, asyik tertelan air masin. Tak sedap langsung. Mungkin aku ni terlebih ringan sangat sampai susah imbang badan dalam air. Hehehe...ada kaitan ke? Entahlah. Tapi dapatlah kutip pengalaman tengok penyu, baby shark, coral dan ikan nemo dalam laut. Amazing. Sebelah malam plak ade pertunjukkan bunga api. Tapi malangnya kitorang memilih untuk tidur. Hahaha...penat yang amat. Pertunjukkan tu bermula pukul 11 malam. Malas plak nak tunggu. Tidur jelah bila nak penat. Keesokannya, kitorang tengok video yang geng satu trip dengan kitorang rekod je. Cantik sangat. 


Hari kedua sebelum balik, tercapai jugak hasrat nak naik incir angin dekat Pulau Perhentian kecil ni. Tapi perjalanan nak naik ke sini sungguhlah mencabar. Boleh je nak naik bot tapi mahal. So, kita daki bukit jelah nak mai sini. 


Gambar posing satu kali. 😍

Seterusnya, dalam pertengahan bulan Oktober pula result keseluruhan aku keluar. Yang dah ditambah markah praktikal. Alhamdulillah, sem ni aku dapat dekan. Pointer untuk sem 6 sahaja: 3.89 dan untuk subjek Praktikal Training aku dapat A+. Happy sangat! Thank to Miss Suraya dan supervisor aku di Manis fm, Kak Lisa sebab bagi markah tinggi. Aku boleh katakan berbangga juga dengan diri sendiri. Segala usaha yang aku buat selama ni berbaloi. Dengan segala perit jerih. 

22/10/2018 - Seperti biasa meraikan umur yang menginjak ke angka 24 tahun. Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah birthday kat aku. Aku rasa tahun ni kot banyak sekali dapat hadiah. Harap tahun depan pun banyak jugak. Hehehe

Untuk bulan November dan Disember ni, banyak masa dihabiskan dengan family dan beberapa orang kawan. Lepas habis praktikal bulan Julai tu memang kerja aku makan tidur je kat rumah. Hehehe...berehat panjang betul. Tapi dalam pada berehat tu aku ada jugak buat kerja sambilan dari rumah. Kerja apa tu? Biarlah rahsia. Sekarang bukan senang nak cari kerja oiit. Insya-Allah, tahun 2019 kena buat anjakan paradigma sikit dalam hidup iaitu cari kerja sambilan yang lain lagi sebelum konvo menjelang. Banyak nak pakai duit ni tahun depan. Dan mulalah misi untuk menyelesaikan PTPTN you! Huhuhu...

Okey, inilah dia serba sedikit ceritaku untuk tahun 2018. Terima kasih Allah atas segala 'keajaiban' yang dikurniakan untuk aku tahun ni. Terima kasih jugak buat semua kawan-kawan baru yang aku kenal pada tahun ni. Yang paling ramai masa praktikal di Manis FM lah. Kehadiran korang semua memang mewarnai tahun 2018. Dan tak lupa juga untuk kawan aku yang sudah dijemput Ilahi tahun ni. Semoga Allah menempatkan kalian dalam kalangan orang beriman. 

Semoga tahun 2019 nanti, Allah memperluaskan rezeki aku, diberi kesihatan yang baik, dapat jodoh yang baik, dapat kerja yang elok dan lain-lain lagi. Semoga Allah permudahkan urusanku. Amin ya rabbal alamin. 

Jumpa lagi tahun 2019. Doakan tiap-tiap bulan aku rajin menulis blog tau. 

With Love,

Izzati Aisyah 💋

No comments:

Post a Comment