Assalamualaikum,
Alhamdulillah untuk 2018 yang penuh dengan suka dan duka. Mewarnai hidupku dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling serta ujian hidup yang menyalur sedikit kematangan. Terima kasih kerana banyak mengajar erti sabar, cekal dan memberi kebahagiaan yang sementara tapi bermakna. 😃
Tahun 2018 tahun yang begitu bermakna bagi aku. Banyak benda baru yang aku belajar dan berkongsi dengan orang sekeliling yang banyak mengajar aku bagaimana 'permainan' dunia sebenar. Jatuh dan bangun aku dikongsi bersama keluarga dan teman-teman yang sanggup mendengar keluh-kesahku. Yang meniup kata semangat untuk terus bangkit berjuang. Tiada ungkapan yang begitu bermakna selain ucapan terima kasih yang tak terhingga. Aku doakan semoga Allah swt akan melimpahkan rezeki dan rahmat-Nya kepada insan yang selalu membantu aku.
Insya-Allah tahun 2019 ini aku akan belajar lebih banyak susur galur kehidupan. Moga diberi rezeki dari segi kesihatan, jodoh (mungkin), dipanjangkan umur untuk mencari nikmat pahala, pekerjaan yang baik dan diberi ketenangan hidup di dunia dan diberkati di akhirat sana.
Kepada semua follower TJOML, buat silent reader juga, terima kasih sebab sudi singgah dan baca coretan aku dekat blog yang tak berapa cantik ni. Kalau ada salah silap aku dari segi perkataan, harap dimaafkan. Kita bukak buka baru di tahun 2019, okey? Buang segala aura negatif dan serap aura positif di sekeliling kita. Belajarlah untuk selalu memaafkan dan menjadi orang yang baik-baik. (nasihat untuk diri sendiri juga) 😀
With Love,
Izzati Aisyah 💋
No comments:
Post a Comment