Hai guys! Kononnya cuti ni nak update belog manjang tapi hampeh. Entahlah dalam otak banyak benda nak kongsi tapi bila dah menghadap laptop, bukak belog tak terasa nak update ape2 cerita pun kat sini.
Apa yang cukup indah terjadi bulan lepas? Mungkin tidak indah bagi orang lain tapi dengan usaha dan keadaan aku masa menghadap exam untuk sem 2 baru ni, ianya dah cukup memuaskan hati. Dengan demam, batuk, selesema yang buat kau rasa nak balik rumah tak mau ambik exam lagi! Stress jugak time tu, mana nak study, mana asyik nak tidur sebab tak selesa dengan batuknya sampai tak boleh bercakap banyak. Asal bercakap je mesti batuk. Bila tak tahan sangat, selesai exam untuk paper kedua aku paksa diri ke klinik gak. Thanks to my dear, farah sebab sudi teman aku ke mana sahaja dan tolong beli makanan kat aku hari tu. Tak lupa gak dekat Nad. Sepanjang exam ni nasib baiklah kawan2 ada di sisi untuk jadi peneman. Terubat rindu aku dekat family. Maklumlah tak pernah duk jauh. Dari darjah 1-tingkatan 6 aku mmg belajar dekat Terengganu. Bila ambik degree, tercampak plak dekat Selangor. Sadis...:(
Farah, Nad & Me.
Time ni kitorang keluar pergi tengok wayang. Hilangkan stress lepas jawab exam IT. (padahal baru 1st paper. ahaks) Keesokkan harinya, aku demam! Sigh...
25 April yang lalu, aku tak tahu pun resut exam untuk sem 2 nak keluar, sampailah ex-housemate aku whatsApp tanya : "dah tengok result ke belum?" Whaaatttttt? Awatlah awal sangat result keluar. Mati-mati aku ingat result keluar pertengahan bulan Mei nanti memandangkan sem baru akan bermula awal bulan 6. Lepas tu aku cakap kat diorang malaslah nak cek awal2, tunggu hujung minggu ni baru nak cek. Tapiiiiiii, bila ramai yang dah cek dan whatsApp aku berbunyi-bunyi seakan-akan esok takde lagi (sebab diorang duk tanya dah cek result ke belum, bla bla bla...result kau dapat berapa? bla bla bla....aku takut ah nak cek...bla bla bla) aku plak rasa stresss dengan diorang yang terlebih excited ni. haishhhhh!
Petang tu jugak aku cek, alih2 line portal pelajar aku jammmmmmmmmm! Stress lagi sebab tak leh bukak. Asyik loading je manjang, kau rasa? Terus aku tutup aku punya laptop. Esok2lah aku cek. Sampai ke malam, aku keluar berjalan-jalan dengan abah dan ma aku, tak mau fikir result. Nak happy2 je jalan2 beli selipar baru, round2 kedai buku. Sampai kat rumah, berdesup-desup whatsApp masuk sebab aku off data. Malas nak layan telefon keluar tadi. Dpatlah whatsApp daripada adik kesayangan aku seorang ni, Firzanah Safi namanya.
"Salam akak...dah cek result ke belum? mesti result akak gempak kan?"
Memang memandai-mandai betul dia ni. Aku dahlah time tu tengah cuak giler. Memang tak yakin betul akan dapat result yang baik sebab dengan keadaan diri yang tak sihat dan masalah2 sampingan yang lain. Aku berserah jelah dapat berapa pun result. Dah penat nak memikir, kalau tak lulus macam mana, kalau fail macam mana...bla bla bla...Lepas tu aku bagi tahu Fir yang aku x leh cek result lagi sebab portal aku tak leh bukak. Dia tawarkan diri untuk cek result aku. Aku pun cakap okey dan aku cakap aku nak tidur sebab stress tak leh cek result punya pasal. Apa2 hal dia akan update aku esok hari.
Kononlah kan nak tidur tapi tak boleh tidur. Duk bergolek-golek atas katil sambil main phone sampailah aku tak sedar bila aku
"Tahniah! Masin kan mulut kita. Hehehe"
Terus terbeliak biji mata aku(amboii, mcm over je reaksi aku time tu) Ya Allah, segala resah dan gelisah hilang. Alhamdulillah, result kali ni naik daripada sem lepas.
Me with Firzanah Safi. Time ni makan beramai-ramai dekat kafe hipster tepi tasik Kuis sebelum masing2 balik ke rumah untuk cuti sem yang panjang. Sob sob...rindu!
Sebelum subuh dalam pukul 5 pagi, aku masuk bilik ma dan abah sebab nak tunjuk aku punya result. Diorang memang dah bangun awal sebab abah mmg standby awal untuk solat lat masjid dekat dengan rumah aku. Bila abah tengok tu, dia tanya result aku ni naik ke turun? Aku cakaplah naik. Dia pun cakap okey. Nampaklah raut wajah dia lega sikit. Sebenarnya, dia risau sebab time exam tu aku sakit, so akan mempengaruhi resultlah kan? Aku pun tak sangka naik wehh, aku rasa result sem 2 aku mesti tak memuaskan hati aku jugak tapi Allah swt Maha Mengetahui segalanya. Boleh tarik nafas lega. Sangat seksa kot masa nak tunggu result tapi Alhamdulillah.
Aku harap aku dapat result yang tinggi jugak untuk sem 3 nnti. Sem yang mencabar bagi aku dan kali ni aku lebih didedahkan dengan course yang aku ambik. Nanti aku share eh bila dah menempuh sendiri sem itu bulan 6 nnti. Awal ramadan pulak tu masuk sem baru. Semoga diberi kekuatan. Dahlah sem tu jugak start kokurikulum. Nanti banyak masa kena tumpu dekat pelajaran + sukan wajib yang perlu aku ambik. Bertabahlah.
Okey, sampai di sini sahajalah yang perlu aku kongsi. Jumpa lagi lain kali. Entry ni pun aku ambik masa sebulan untuk nak siapkan. Nampak di situ mood sangat memberi pengaruh. Duk banyak buat benda lain. Konon nak update belog bebanyak. Memang sembanggggg! Hahaha..bye.
With Love,
Izzati Aisyah
No comments:
Post a Comment