Hari sabtu yang indah. Maklumlah hari ini tak ada kelas tambahan. Lega yang teramat. Bukan apa, kalau belajar tiap2 hari tanpa henti boleh jem jugak kepala otak nie kan. Hahaha...Kalau nak tahu, aku jenis yang tak suka dipaksa dan memaksa kalau bab2 belajar. Kalau memang rasa mcam tak leh masuk je apa yang dipelajari, aku terus tutup buku. Cari hiburan lain dulu baru sambung balik apa yang di buat tadi...hehehe. Baik buat camtu daripada nanti termuntah hijau lak sebab paksa diri!
Adoiii, apelah yang aku nak cerita pasal entry kali nie yer? Rasa macam ada mood baik je nak menulis pasal sesuatu yang memang dari dulu aku nak luahkan dalam blog kesayangan hamba ini. Tentunya soal hati dan perasaan. Maklumlah aku create blog pun sebab nak berkongsi kisah liku2 kehidupanku sama ada yang pahit atau manis.
Ok, selesai mukadimah..back to the real topic~
Siapa kat atas muka bumi ini tak pernah buat salah?
Siapa kat atas dunia ini tak pernah dikritik, dihentam, dikhianati?
Siapa kat atas dunia ini tak pernah ditegur, dinasihati, dibasuh & diajari?
Bohonglah kalau cakap tak pernah hadapi situasi di atas langsung kan? Setiap manusia, mana ada yang sempurna. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna.
Kadang2 hidup kita bahagia. Kadang2 derita menghampiri kita.
Salah siapa sebenarnya kalau hidup kita ditimpa musibah? Adakah dosa kita yang dahulu membuatkan hidup kita tidak bahagia? Jawapan untuk persoalan ini aku jawab YA. Sebab apa? Kalau tanya aku, memang aku akan cakap sebab sikap aku sendiri, dosa yang aku buat sendiri. Aku nie hanyalah manusia yang banyak kekurangan. Tak lepas daripada melakukan kesilapan.
Aku memang pernah ditegur oleh keluarga, kawan2 sekolah dan rakan2 di fb. (tentang sikap baik atau buruk aku) So, apa yang aku akan buat? Melenting tak tentu pasal sampai bermusuh? Tak kan sama sekali. Jangan lah jadi macam budak2. Kena tegur dah melatah. Aku bukan mcam tu sebab aku tahu diri aku ni memang banyak tak betulnya daripada betul....erkkk? Aku memang ade satu kelemahan yang sampai sekarang susah nak buang. Contohnya, buat sesuatu tanpa berfikir apa akibatnya. Bila aku dah buat aku akan mengomel dengan berkata, weii, apa aku buat nie? Betul ke tidak?..adoiii..(teringat plak rancangan betul ke bohong kat astro. Motif?)
Kadang2 aku akan rasa malu gak bila dah kena sebab nampak terang2 dah kita salahkan. Tapi dalam mencari kesalahan orang lain pun, kena cek jugak diri sendiri. Bak kata penulis blog, Aiman Azlan:
" When people disagree with you, be cool. They're are not always right. You're not always wrong"
( saya ubah mengikut kesesuaian)
Bila dah ditegur, janganlah bersikap nak menghentam balik. Cuba cek balik apa yang menyebabkan kita kena tegur. Mungkin memang betul salah kita dan meminta maaf adalah satu perkataan yang mulia. Mesti akan ade statement berbunyi: "Alahai, bila buat salah minta maaf, asyik2 minta maaf, sampai bila nak buat camtu, lepas tu ulang balik kesalahan"...Yelah, mcam aku kata tadi, setiap manusia ada baik dan buruknya. Kalau dia sengaja buat, memang berdosa. Kalau tak disengajakan, mmg kita tak boleh nak buat apa dah. Benda yang sudah berlaku, boleh dijadikan ikhtibar.
Nasihat aku:
Hadapilah segala kemungkinan dengan ponuh ketabahan dan kekuatan. Tolonglah bertahan untuk diri sendiri. Walaupun ramai yang tak suka kat kita, walaupun kita ditinggalkan sendirian tapi kita kena ingat bahawa Allah SWT sentiasa ade untuk kita. Kadang2 kita jangan terlalu menjaga hati orang lain. Bukan maksudnya nak buat dengki kat orang tapi tinggalkan sisa sayang kita dekat diri sendiri. Macam kata2 yang pernah aku update dekat status fb:
- Jangan terlalu menjaga hati dan perasaan org lain, sedangkan perasaan sendiri terluka. Belajar untuk pentingkan diri sebab bukan selamanya orang2 di sekeliling kita, akan terus bersama kita. Mereka pun ada kehidupan sendiri. Tak kan kita nak bergantung hidup dengan mereka sentiasa. Belajar untuk sayang diri sendiri dan tabah dalam menghadapi kehidupan.
^ _ ^
Jadilah seorang yang kuat. Muhasabah diri. Itu yang lebih baik. Kalau orang tegur atau marah, bukan tanda tak sayang tapi "Kerana Sayang" lah diorang tegur. Ambil yang positif ya. Doakan setiap orang macam kita doakan keluarga kita, orang yang kita sayang dunia & akhirat. Mungkin setiap teguran yang dibuat, akan membentuk kita yang baru. Yang berusaha untuk berubah...=)
:)
Sampai di sini sahaja coretan aku kali ini. Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk tentulah datang daripada kekhilafanku sendiri. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT hendaknya...Aminnn.
With Love,
Izzati Aisyah
P/s: Entry ini sepatutnya dipublish pada Sabtu (21/9/2013) yang lepas tapi takde idea nak tulis apa masa tu, so kita publish hari Sabtu (28/9/2013). Hari Sabtu gak kan!...hehehe...Selamat Membaca...=)
P/s: Entry ini sepatutnya dipublish pada Sabtu (21/9/2013) yang lepas tapi takde idea nak tulis apa masa tu, so kita publish hari Sabtu (28/9/2013). Hari Sabtu gak kan!...hehehe...Selamat Membaca...=)
No comments:
Post a Comment