Wednesday 28 January 2015

Birthday Gift 2014

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sepatutnya entry nie ditaip pada bulan 12 baru tahun lepas tapi biasalah tuan tanah kedaung nie takde masa nak menghadap belog. huhuhu...sorry.
Alhamdulillah, 22/10/2014 tahun lepas aku selamat melangkah ke fasa 20-an (nampak sangat mcm dah tua) hehehe... tapi bila ntah nak matang. Setiap kali birthday mesti berazam nak jadi matang tapi matang ke idok? Jauhhhhh sekali. :p

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan2 fb terutamanya(sebab aku rajin melepak di fb jer) sebab wish my birthday! Terharu sangat. Yang hantar wish kot PM pun ade gak, tak kenal pun ada tapi aku hargai sangat. Bukan ape, kebetulan ramai sangat yang lahir pada 22/10. Penulis novel yang aku minat pun lahir pada tarikh dan bulan yang sama tapi berbeza tahun. Sekali harung diorang wish birthday. Meriah sangat fb time tu. Jadi glamour jap aku...miahaha

Berbanding tahun lepas(2013), tahun ni pun aku dapat banyak hadiah gak. Terutama sekali daripada geng2 novel dan juga penulis yang baik hati. Family aku pun ada bagi gak. Sangatlah suka. Tq very much sayang2 sekalian.



Ni orang panggil pra-birthday sebab kebetulan birthday anak saudara aku ialah 4/10, jadi my sis in law beli sebiji kek ni dan tulis nama Dania(anak saudara aku) dan nama aku sekali. Tq Kak Zura.
Yup, nama panggilan aku kat rumah ialah Aisyah tapi geng2 panggil aku semua panggil Izzati. (Dua nama yang berbeza tapi orang yang sama.)


Ini pulak daripada my sis in law gak, aku panggil dia Kak Nurul. Novel nie keluar bulan 8(kalau aku tak silap) tapi my sis in law tu cakap jadikan novel nie sebagai hadiah birthday. Lagipun dah tinggal beberapa bulan lagi nak msuk bulan 10, kan? hehehe...TQVM SIS. Ni lah first time aku dapat TT daripada kak Hanina Abdullah(dah msuk novel ke-3 baru dpat TT penulis nie. Terharu aii.


Novel ke-5 Kak Umie Nadzimah.


Dua hadiah di atas nie aku dapat daripada orang yang sama iaitu Kak Fida. Kakak angkat yang selalu ada untukku. Kitorang kenal kat fb dan mempunyai minat yang sama iaitu baca novel. Lepas tu terus kamceng sampai sekarang. hehehe TQVM SIS.


Novel nie juga dihadiahkan oleh kakak angkatku, Kak Maslina. Novel keempat daripada novelis Melur Jelita. TQVM SIS.


Ini pula daripada my father. Kakak aku cakap hadiah yang paling deep! Tapi best sangat baca buku Yasin ni. Ada panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida' berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan panduan transliterasi Arab Melayu. Kalau nak baca Yasin, aku guna buku ni jelah. TQVM ABAH.


Ini pula hadiah daripada penulis novel, Suzana Sulaiman. Merangkap kakak angkat kesayangan jugak nie. Teringin nak baca RYH je mula2 lepas tu dia titipkan sekali buku sebelah kiri tu. Dah habis baca. Sangat berbaloi. TQVM SIS.


Novel nie pula pemberian my Mami Wan. Dia pun aku kenal kat fb gak. Ketua pembakaran novel yang terhangat di fb. hehehe TQVM MAMI. Ni novel first Kak Lynn Safiya. Best!


Ni pula kejutan daripada my partner in crime dalam kelas masa form 6 dulu. Kawan aku yang paling aku sayang. Susah senang sentiasa bersama. Kembar aku.(sebab ramai org cakap muka kitorang sama)hehehe Tq Husna. Aku dah pakai dah tudung nie. Suka2x.


Ni hadiah daripada kakak angkat saya gak, Kak Leena. Siap ade TT kak SI lagi. Masa ni Kak Leena jumpa kak SI time sesi TT penulis dekat pejabat KN. Dapatlah gift yang comel tu jugak. Really love it! TQVM SIS. (tak sabar nak tunggu novel akak keluar lak, harap2 tahun nie)


Awal bulan dah dapat kek, sekarang dapat beg pula. My sis in law, Kak Zura yang bagi this bag. Kebetulan dia jual beg2 jenama melalui online, dia pun suruh aku pilih mana yang berkenan. So aku pilihlah sling bag Carlo Rino nie. Aku minat sangat2 beg nie. Rambang mata gak masa mula2 nak pilih warna apa yang cantik. Last2 aku pilih yang nie. TQVM SIS. (nie hadiah paling mahal kot aku dapat) hehehe

Ok, nie jelah yang dapat aku kongsi kali nie. Ada lagi hadiah yang tak sampai lagi ke tangan. Dan ade gak yang aku belum ambil gambar lagi untuk di post kat belog. Nanti ada masa aku update semula ya. TQVM untuk semua ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua. Love you alls. 

Aku ingatkan untuk tahun 2014 takde ape2 pun hadiah, tapi banyak gak orang bagi. Tahun 2015 pulak macam mana ya? Ada hadiah special lagi ke tak ya? tunggu jelah. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. 

Jumpa di lain entry. Daaa

With Love,
Izzati Aisyah

Friday 9 January 2015

Selamat Tahun Baru, 2015

Assalamualaikum,

Yup! Tahu dah. Dah lama tak update belog ni. Bulan 12 tak update cerita apa2 langsung, kan? Sorry. Memandangkan musim cuti persekolahan, jadi semua family aku berkumpul, jadi nak menghadap netbook 24 jam itu sangat mustahil. Anak-anak saudara ku yang ramai itu sangatlah tidak syok kalau tak layan celoteh diorang. Dan aku ada satu cerita untuk tahun 2014 yang belum ber-update. Inshaa-Allah, bulan nie aku lunaskan.

Tahun 2015 nie pula, tahun sibuk bagi aku. Awal-awal tahun dah kena selesaikan satu tugasan yang tak adalah berat mana pun. Aku pun suka sangat buat kerja tu dan rasa terharu sebab "si dia" sudi bagi kepercayaan untuk "mencantikkan" ia. Terima kasih banyak2x.

Dan tahun ni juga, aku nak memulakan hidup baru iaitu nak sambung belajar. Harap2 tahun nie rezeki aku ada. Dah lama tertangguh, jadi aku dah siap mental dan fizikal untuk beralih ke suatu dunia yang opcoslah super busy nanti. Korang doakan aku ya?

Akhir sekali, nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikut dan pengunjung belog TJOML nie. Terima kasih sebab korang sudi baca cerita2x yang aku update kat sini. Walaupun tak semuanya menarik, kan?hahaha....Tapi tak apa, aku tetap sayang korang semua.



Tunggu next entry pulak ya. Daaa


With Love,
Izzati Aisyah