Friday 9 January 2015

Selamat Tahun Baru, 2015

Assalamualaikum,

Yup! Tahu dah. Dah lama tak update belog ni. Bulan 12 tak update cerita apa2 langsung, kan? Sorry. Memandangkan musim cuti persekolahan, jadi semua family aku berkumpul, jadi nak menghadap netbook 24 jam itu sangat mustahil. Anak-anak saudara ku yang ramai itu sangatlah tidak syok kalau tak layan celoteh diorang. Dan aku ada satu cerita untuk tahun 2014 yang belum ber-update. Inshaa-Allah, bulan nie aku lunaskan.

Tahun 2015 nie pula, tahun sibuk bagi aku. Awal-awal tahun dah kena selesaikan satu tugasan yang tak adalah berat mana pun. Aku pun suka sangat buat kerja tu dan rasa terharu sebab "si dia" sudi bagi kepercayaan untuk "mencantikkan" ia. Terima kasih banyak2x.

Dan tahun ni juga, aku nak memulakan hidup baru iaitu nak sambung belajar. Harap2 tahun nie rezeki aku ada. Dah lama tertangguh, jadi aku dah siap mental dan fizikal untuk beralih ke suatu dunia yang opcoslah super busy nanti. Korang doakan aku ya?

Akhir sekali, nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikut dan pengunjung belog TJOML nie. Terima kasih sebab korang sudi baca cerita2x yang aku update kat sini. Walaupun tak semuanya menarik, kan?hahaha....Tapi tak apa, aku tetap sayang korang semua.



Tunggu next entry pulak ya. Daaa


With Love,
Izzati Aisyah

2 comments:

  1. Wahhh t baca novel nil plak.. jual novel ke atau pnulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...saya bukan penulis novel...just pembaca novel jer..

      Delete