Friday 10 October 2014

20 Facts About Me

Assalamualaikum,

Okey, ini kira post suka suki yang aku gatal tangan nak buat. Memandangkan aku masih lagi memegang title "penganggur" dalam lebih kurang 4 bulan lagi, jadi lingkungan aku "bermain" hanya di rumah.(sebab tu tak ada cerita menarik lagi untuk dikongsi di belog ini.) Tak meneroka ke "luar daerah" lagi. Kalau ada rezeki, In shaa Allah 2015 aku bakal menyambung apa yang tertangguh. 2015, please be nice to me!

Ini fakta yang mungkin ada yang tak tahu dan ade juga yang tahu (opcoslah yang rapat dengan aku je tahu ke tak tahu jugak? opp!). Kalau rasa nak baca, bacalah kalau tak nak tak kesah pun, sekadar suka-suki sengal di bulan OCT. Maklumlah it my month, ok! Hahaha...macamlah dia sorang je lahir bulan OCT...Boooo si Zati nie...:P

Here we go...

1. Aku memang boleh dikategorikan sebagai "pemalu" bila first time jumpa orang yang baru dikenali ataupun dah lama kenal di laman sosial saja, tapi bila jumpa konfem lidah jadi kelu.

2. Pemarah @ garang. Tak tau garang sikit ke banyak. Tapi aku boleh naik marah bila sesuatu itu tak kena kat mata aku. Tapi sekarang, bila umur pun makin nak meningkat nie, aku cuba untuk tinggikan tahap kesabaran dengan senyuman yg hanya aku sorang je faham. Kalau terlalu marah, aku akan menangis. Yess! Minah cengeng sebetulnya...:P

3. Suka memendam perasaan sebab tak suka menyusahkan orang lain. Kalau aku nak luahkan something kat orang mmg jarang yang amat kecuali aku rasa masa tu mood aku nak bercerita pasal hal aku sampai. Kalau tak aku akan buat bodoh je macam x ada ape2 yang berlaku.

4. Suka berangan. Dan ianya telah pun jadi kenyataan. Salah satunya masa nak pergi PBAKL. Aku berangan je lebih nak pergi dan alih2 Allah SWT buka jalan untuk aku dapat pergi sana. - So, "pekerjaan" ini aku selalu buat untuk target aku yang seterusnya pula. Jeng jeng jeng.. Nanti aku cerita kisah anganan aku nie yer.

5. Aku nie nak kata tak penyabar pun ade lah jugak. Selalu buat something tanpa memikirkan akibatnya pada kemudian hari. Lepas dah buat tu, mulalah..."Bodohnya aku"..."Kenapa aku buat macam tu?" and bla bla bla (membebel sorang diri). hahaha..macam orang tak betul je rasanya...

6. Lumrah orang perempuan lah, suka benda unik dan cantik. Kadang2 kalau aku tengok nota yang bertulis tangan yang tulisannya sangatlah cantik, aku simpan dalam sebuah fail. Kalau rajin aku belek 2,3,4, kali. Dan benda2 yang cantik lain, macam bunga, button bagde and so on. Aku kumpul letak dalam satu bekas. Dan dalam bilik aku macam semak pun ada dengan barang perhiasan.

7. Suka makan. Walaupun aku suka makan banyak tapi badan aku still mantain. Metabolisme tinggi bangat der. Hahaha

8. Penggemar sayur. Tapi aku tak suka makan sayur yang diletak dalam mee goreng atau nasi goreng. Tak taulah kenapa...hehehe

9. Bukan peminat tegar burger. Kalau "bergedel" daging tu aku minat. Erkk, kaitan?

10. Suka sangat membaca buku, bergelumang dengan buku-buku terutama yang berbentuk fiksyen. Novel opkos. Sebab tu aku pilih untuk sambung belajar dalam bidang pengurusan maklumat di bahagian pengurusan perpustakaan nanti. In shaa Allah, kalau ada rezeki 2015.

11. Tak suka orang masuk campur dalam urusan hidup aku kecuali kalau aku minta pendapat tentang sesuatu perkara tu atau aku sendiri yang bersuara tentang hal tersebut, tu tandanya aku nak kurangkan beban dalam fikiran aku.

12. Tak suka orang yang bersikap talam dua muka. Kalau betul tak suka, cakap depan-depan. Jangan nak mengumpat belakang. Aku nie open-minded. Suka orang yang tegur aku berdepan walaupun hati sakit jugak kalau orang tuduh yang macam-macam tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat tu tak menyenangkan hati orang. Boleh baiki apa yang patut.

13.  Bila nak nasihat atau nak tegur orang, aku tak suka terlalu berterus-terang. Selalu guna bahasa kiasan sebab tak mahu orang terasa hati dengan aku. Tapi dengan orang tertentu je aku suka "cakap lepas" sebab aku tahu diorang tak kan terasa hati sebab dah terlebih faham dengan perangai aku.

14. Seorang yang sangat "simple" dalam berfesyen. Jenis tak suka mekap tebal-tebal dan tak suka berhias mengalahkan "mak datin" sebab aku akan menyampah tengok muka sendiri. Hahaha

15. Suka dengan budak kecil terutama baby yang baru lahir. Bila baby tu dah jadi kanak-kanak yang dah pandai melawan balik, main redah je apa nak buat... peratus kesukaan aku dekat budak kecil tu akan menurun. ngeee

16. Penakut nak ambik lesen motor/kereta. And for sure, bila aku dah ade kekuatan nak ambik lesen nanti aku akan ambik lesen kereta sahaja. Tak akan seumur hidup bawak motor (jadi pembonceng tak apa) lepas "Tragedi Oktober" yang menimpa aku baru-baru ini.

17. Suka dengar muzik yang berentak balada a.k.a lagu-lagu yang membuai perasaan lah sampai kawan baik aku panggil "minah jiwang" suka layan perasaan.

18. Tak minat bercinta time belajar. Selagi aku tak habis belajar selagi tu aku tak akan bercinta. Itu PRINSIP yang aku pegang sejak dari sekolah rendah lagi. Nak cakap dari tadika tu menipu sangat sebab aku terus masuk standard 1. Takde pengalaman belajar di tadika, pasti or so on.

19. Aku suka nasihatkan orang supaya tak payah stress dan terima apa yang tertulis untuk kita sedangkan aku rasa bila kena dekat aku, aku boleh jadi down (yang amat) untuk dua atau 3 hari. Nak makan pun rasa tak lalu. Menangis semestinya. Tak leh simpan dalam hati banyak sangat rasa sedih tu nanti sakit. Tapi aku berterima kasih dekat kawan baik aku yang sentiasa bagi nasihat supaya aku KUAT. Dan aku pasti lega bila dapat berkongsi masalah dengan dia. TQ, awak!

20. Seorang yang happy go lucky (memang tak tipu). Kalau nak try cubalah berkawan denganku. Aku suka gembirakan hati orang. Tak suka buat orang lain marah dengan aku. (tapi kadang-kadang ada jugak kot TERlepas kata kat orang, sorry!) Perangai "giler-giler" suka mengusik tu sangat sinonim dengan aku sebenarnya. [ perangai aku nie akan terbit bila aku CLEAN daripada masalah dunia lah, kalau tak aku moody..:p ]

So, itulah 20 fakta tentang diri aku yang sangat biasa ini. Maaflah kalau ade yang tak senang ke apa ke dengan entry ini. Aku nie kan "giler-giler". Kalau dah sampai mood nak menaip, ape yang terlintas kat fikiran, aku akan tulis saja. Hehehe.



Sampai di sini sahajalah entry kali ini. Semoga kita bertemu lagi. Yeay, tinggal 12 hari lagi sebelum menjelang hari tua. Ngeee...Agak2 banyak tak hadiah yang aku akan dapat tahun nie? Meh berangan dulu. Hehehe


With Love,
Izzati Aisyah

Wednesday 1 October 2014

Love you, October!

Assalamualaikum,



Dah Oktober? memanglah excited terlebih!
Oktober nie bulan kesukaan ku. Bulan di mana aku dilahirkan di bumi Allah SWT ini.
22/10/2014 nanti genaplah 20 tahun aku hidup di dunia ini.
Dah matang? belum pun. Perangai bile ntah nak berubah banyak. hehehe
Tapi satu je aku harap supaya aku sentiasa K.U.A.T untuk menghadapi segala dugaan dan ranjau kehidupan.
Tahun nie boleh dikatakan banyak "drama air mata" yang tak sengaja aku cipta kerana berdepan dengan sesuatu yang buat hati aku sakit. Semoga dengan semangat yg tersisa, aku akan bangkit dan terus berusaha untuk maju ke hadapan. Amin.

p/s : doakan saya yer. TQ

With Love,
Izzati Aisyah